Portal APIS

Semak Keahlian APIS
Sahabat-sahabat semua,

Insya Allah anda boleh menyemak status keahlian anda pada laman ini:

http://semak-keahlian-apis.blogspot.com/

Kita dalam proses untuk memuatkan keahlian mengikut sekolah secara berperingkat-peringkat.

Kisah Imam asy-Syibliy(qaddasAllahu sirrahu) dan Keluarganya – Bahagian 1
Pada Mukhayyam kali ini, Sheikhna Sidi Yusuf al-Hasani telah meriwayatkan kami satu kisah berkenaan sebuah keluarga yang mempunyai hubungan yang amat mendalam dengan Allah s.w.t.. Kisah ini amat dikenali dalam kalangan golongan sufi, kerana mempunyai makna yang amat indah dalam hubungan seseorang bersama Allah s.w.t.. Keluarga yang dimaksudkan tersebut adalah, keluarga Imam al-‘arif billah asy-Syibliy qaddasaLlahu sirrahu.

Adapun Imam asy-Syibliy merupakan seorang ulama’ ‘arif bIllah yang terkenal akan tetapi mempunyai kehidupan yang penuh kefakiran dan kesusahan, bersama-sama dengan isteri dan anaknya menempuh kehidupan seperti golongan berkeluarga  yang lain.

Pada suatu hari, Imam asy-Syibliy melihat di kampungnya tersebut terdapatnya beberapa orang yang sedang bersiap untuk berangkat untuk menunaikan haji di Makkah. Melihat kepada suasana tersebut, hati beliau menjadi rindu untuk turut pergi untuk menziarahi Makkah, akan tetapi kemiskinan yang dialami beliau menjadikan kerinduan beliau hanya terpendam di dalam hati, tidak dapat ditunaikan. Akan tetapi, akhirnya kerinduan di hati beliau untuk beribadat di masjid yang paling afdhal di atas muka bumi ini, BaitUllah al-Haram, tidak dapat ditahan lagi, lalu beliau pun menyatakan hasrat beliau kepada isteri dan anaknya untuk menunaikan haji juga.

Mendengar sahaja luahan suaminya tersebut, isteri kepada Imam asy-Syibliy pun berkata, “Bagaimana kamu ingin tunaikan haji, sedangkan makan minum kami pun kamu susah untuk sediakan lagi”. Imam asy-Syibliy tersentak mendengar ucapan isterinya tersebut, dan hanya diam kerana beliau tahu itu sememangnya tanggungjawab beliau. Akan tetapi, anak beliau yang kecil itu lantas membalas ucapan ibunya tersebut,

“Wahai ibu, apakah selama ini ayah yang memberikan dan menjamin kita rezeki? Sedangkan rezeki itu ditentukan oleh Allah s.w.t.! Biarkan ayah pergi menunaikan keinginannya, sedangkan kita mempunyai Allah untuk menjaga kita berdua.”

Si ibu pun terkejut mendengar kalam anaknya yang kecil itu akan haqiqat ketauhidan yang seolah-olah dia tidak tahu. Maka, isteri kepada Imam asy-Syibliy tersebut pun membenarkan suaminya pergi meninggalkan mereka untuk menunaikan haji.

Imam asy-Syibliy telah pun meninggalkan keluarganya dalam keadaan tidak berharta, bahkan beliau sendiri tidak mempunyai sebarang harta, makanan serta kenderaan untuk menjadi bekalan untuk bermusafir. Akhirnya beliau pun sambil berjalan menunju ke Makkah, tercari-cari kabilah-kabilah yang turut melalui di jalan yang dilaluinya itu untuk mendapatkan pekerjaan sambil bermusafir. Ketika menempuh perjalanan, akhirnya beliau pun bertemu dengan satu kabilah yang kaya-raya, yang turut dalam perjalanan menuju ke Makkah, dan memohon agar dikurniakan pekerjaan kepadanya. Permohonan beliau diterima oleh kabilah tersebut, dan beliau ditugaskan untuk memberikan makanan kepada kuda-kuda yang dibawa oleh kabilah tersebut, dan upahnya, beliau diberi makan serta boleh turut serta kabilah dalam perjalanan ke Makkah.

Rutin beliau sebagai pemberi makan kuda-kuda kabilah itu berjalan hari demi hari. Pada suatu hari, pemimpin kabilah tersebut jatuh sakit dan kabilah tersebut tidak dapat mencari seseorang yang boleh merawat ketua itu kerana penyakit yang amat parah. Akhirnya, mereka mencadangkan Imam asy-Syibliy agar cuba merawat ketua mereka itu kerana mereka telah melihat beliau merupakan seorang yang soleh lagi jujur.

Maka, Imam asy-Syibliy pun cuba merawat ketua mereka itu dengan membaca beberapa potong ayat al-Quran serta zikir-zikir dan doa-doa, agar Allah s.w.t. memberikan kesembuhan kepada ketua mereka tersebut. Akhirnya, dengan rahmat Allah s.w.t., ketua kabilah tersebut sembuh dari sakitnya itu melalui Imam asy-Syibliy. Bertitik daripada peristiwa ini, kehidupan Imam asy-Syibliy pun berubah 180 darjah. Ketua kabilah tersebut yang amat berhutang budi dengan Imam asy-Syibliy, telah mengurniakan pelbagai keistimewaan walaupun beliau merupakan orang luar di dalam kabilah itu. Akan tetapi beliau berkata, “Wahai tuan, aku ini hanyalah menumpang kepada kalian, dan tugasku hanyalah sebagai pemberi makanan kuda tuan”. Ketua kabilah tersebut menjawab, “Tidak mengapa, aku ingin membalas budi kamu yang telah merawatku”. Beliau diberi pakaian yang mahal, makanan yang enak, tempat tinggal yang setaraf dengan ketua kabilah itu, seolah-olah beliau merupakan sebahagian dan ketua bagi kabilah itu.

Begitulah kisah seorang wali Allah yang ma’ruf dan dikenali sebagai Imam asy-Syibliy. Bagi seseorang wali Allah, apabila datang sahaja lambaian seruan Allah s.w.t. di dalam hati mereka yang suci untuk lakukan suatu ibadat, tetap mereka akan tunaikan walau akan menghadapi 1001 kesusahan kerana bagi mereka, diri mereka itu adalah hamba yang hina dan hanya mentaati seruan pemilik diri mereka iaitu Allah s.w.t.. Ketahuilah, di setiap kesusahan itu mempunyai kesenangan. Dan jiwa mereka tidak pernah merasa letih apabila menghadapi kesusahan kerana mereka telah pun menyerahkan jiwa dan diri mereka kepada Allah s.w.t., maka, akhirnya mereka juga yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. melalui keikhlasan sifat ubudiyyah mereka itu sebagaimana firman Allah s.w.t.;

Maksudnya: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”.[1]

Insyaallah, kisah isteri dan anak Imam asy-Syibliy akan bersambung akan datang.

[1] Surah at-Thollaq, 2-3.

sumber : al-fadhil Ustaz Tengku Ahmad Saufie

https://www.facebook.com/note.php?note_id=270556732999434

Kumpulan APIS di Facebook
Kepada semua ahli dan pengunjung laman APIS ini, sukacitanya dimaklumkan bahawa pada Facebook sudah ada kumpulan APIS yang mempunyai ahli lebih daripada 3000. Anda semua dijemput untuk memeriahkan lagi interaksi yang sihat demi keredhaan Allah.

Berikut ialah pautannya: http://www.facebook.com/groups/alumnipelajarislamsbp/

Ummah Talk di UKM
Dijemput Hadir ke :

TV Al-Muttaqin
Salam mahabbah dan perjuangan kepada semua sahabat pengunjung Portal APIS,

Mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat dan keampunan Allah. Pada kesempatan ini, pihak APIS berbesar hati untuk mengajak sahabat semua untuk kita sama-sama mengambil manfaat laman TV Al-Muttaqin sebagai salah satu kaedah kita untuk meningkatkan kefahaman Islam.

Laman tersebut boleh dicapai di sini: http://www.almuttaqin.tv/index.php

Biarpun kecanggihan teknologi maklumat semakin berkembang pesat, pada masa sama APIS tetap menyeru para ahlinya dan umat Islam secara umum agar tidak meninggalkan terus pengajian ilmu agama secara bersemuka dengan para ‘ulama dan asatizah.

Mudah-mudahan bermanfaat.

Jom Sertai Program Talaqqi Intensif Januari 2012
Kepada ahli APIS dan umat Islam secara umumnya, ada dijemput untuk menyertai program pengajian kitab ini. Alhamdulillah, APIS turut sama terlibat sebagai penganjur. Tempat hanya terhad kepada 300 peserta pertama yang berdaftar secara online beserta bayaran deposit. Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh dicapai pada laman http://intensif2012.wordpress.com/ .

Berselawatlah ke atas Kekasih Nya
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

1.	Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

2.	Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

3.	Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Indahnya rahsia Islam
Islam is the way of life

Terfikir larangan umat Islam memakan daging khinzir, teringat kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam,

“Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita,

mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan moden, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya?”

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina Mengetahui hal itu, mereka bertanya,

“Untuk apa semua ini?”

Beliau menjawab,”Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.”

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut. Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, “Saudara saudara, daging babi membunuh ghirah’ orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.”

Nota: dan hanya Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia laranganNya.

Ketinggian Ikhlas Imam Syafi’ie : Tidak mengharapkan pujian bagi ilmunya
Gambar Sekadar Hiasan

Berkata Imam Syafi’ie rohimahullah ta’ala:

“Aku amat menyukai kiranya seluruh makhluk mempelajari ilmu ini (maksudnya ilmu dan kitab-kitab beliau) kemudian mereka tidak menyandarkannya kepadaku sedikitpun.”

Diriwayatkan secara sahih daripada Imam Syafi’ie oleh Imam Nawawi rohimahullah ta’ala dalam kitab beliau Adab-adab Bersama Al-Quran.

Hal ini pernah disebut oleh guru kita yang mulia, Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizhohullah tentang hajat Imam Syafi’ie tersebut yang telah diperkenankan oleh Allah Ta’ala.

Jika diperhatikan, banyak ilmu yang sebenarnya berpunca daripada Imam Syafi’ie adalah disandarkan kepada ‘ulama selepasnya (yang belajar daripada Imam Syafi’ie). Ilmu tersebut tidak disandarkan terus kepada Imam Syafi’ie.

Perkara ini wajar menjadi titik muhasabah yang amat berguna bagi kita. Kita periksa ketelitian kita menjaga kesucian rohani. Tidak mustahil jika pada akhir zaman ini kita dapat memerhatikan kewujudan banyak jenis manusia yang sangat menginginkan nama mereka disanjung, keilmuan mereka diakui. Mereka mahu mengaku-ngaku: demikianlah imu aku, begitulah ilmu aku, beginilah ilmu aku.

Dalam membicarakan hal ini juga, kita dapat melihat dan menginsafi bagaimana berkatnya ilmu para ulama silam yang amat-amat menitikberatkan kesucian rohani mereka sehingga hari ini, ilmu mereka terus-menerus dijadikan rujukan, dibacakan di pelbagai tempat dan sentiasa memberi manfaat kepada manusia.

Ya Rahman, Ya Rahim, kami pohonkan agar dikurniakan hati yang sentiasa tawadhu’ dan ikhlas dalam meniti jalan kehambaan ini.

Menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan
Jika 10 hari terakhir Ramadan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga bersama melaksanakan ibadah sunat, bagaimanakah pula kita?

Sesungguhnya pedoman yang ditunjukkan Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadan. Alangkah malangnya jika kita semakin lalai dalam melaksanakan ibadah pada saat-saat Ramadan yang kian melabuhkan tirainya.

Sedangkan kita seharusnya menghidupkannya dengan meningkatkan amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah SWT. Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada 10 terakhir Ramadan.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar.

Malah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna satu malam ini saja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang.

Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan Allah SWT sebagai ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh itu, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah mencari keredaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadan.

Justeru, umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir” (hadis riwayat al-Bukhari).

Dalam satu riwayat lain, dinyatakan juga Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, maka dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu” (hadis riwayat Abu Dawud).

Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam-malam itu dengan memperbanyakkan solat sunat seperti tahajjud, hajat, taubat dan berzikir kepada Allah SWT.

Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunah dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar.

Malah, menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid.

Di samping itu, kita juga turut dianjurkan memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku” (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535).

Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak” (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65).

Begitulah teladan yang ditunjukkan Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam dalam menjalani ibadah puasa. Persoalannya, sejauh manakah kita mencontohi keperibadian Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan?

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung pengisian yang kita laksanakan sepanjang tempoh yang telah berlalu.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik,

Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)